WhatsApp Kini Memudahkan Anda Membisukan Seseorang Dalam Panggilan Audio

TechnologyDigital
17 Jun 2022 • 10:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

WhatsApp kini menambah beberapa ciri baharu pada aplikasi mereka. Salah satu yang terbaru adalah kebolehan untuk membisukan seseorang ketika dalam panggilan audio.

Ciri ini sangat berguna, terutamanya jikalau seseorang itu terlupa untuk menutup audio mereka ketika panggilan sedang berlaku – sekaligus menganggu pengguna lain.

image is not available

Pada masa yang sama, WhatsApp juga turut menambah sebuah indikator pada bahagian panggilan audio, memudahkan anda mengetahui sekiranya ada orang baharu yang menyertai panggilan audio yang sedang berlangsung.

Ciri baharu ini diperkenalkan kepada semua bermula dari hari ini, untuk digunakan dalam panggilan audio berkumpulan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved