WhatsApp, aplikasi permesejan milik Meta kini nampaknya sedang menghadapi masalah untuk diakses.
Buat masa ini, nampaknya aplikasi, laman web dan juga perisian desktop aplikasi tersebut tidak dapat diakses buat masa ini untuk fungsi permesejan dan juga panggilan suara.

Dalam pada itu, aplikasi-aplikasi Meta yang lain seperti Facebook dan juga Instagram masih boleh diakses. Sebab mengapa aplikasi tersebut menghadapi masalah tidak diketahui lagi.
Kemaskini: WABetaInfo mengatakan bahawa isu akses WhatsApp ini adalah masalah global, dan berlarutan selama sekitar sejam. Selain daripada mengakses WhatsApp, pengguna baru juga tidak boleh mendaftar akaun baru.
Kemaskini 2: WhatsApp kini kembali beroperasi sepenuhnya.
