WhatsApp Lancarkan Mod Tetapan Sekuriti Ketat Untuk Keselamatan Lebih Tinggi

TechnologyDigital
28 Jan 2026 • 8:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intipan oleh kerajaan ke atas wartawan dan aktivis bukan rahsia. Perisian Pegasus buatan Israel telah digunakan oleh Arab Saudi untuk memantau akan WhatsApp wartawan Jamal Kashoggi sebelum beliau dibunuh. Untuk mengelakkan insiden seperti ini berulang, WhatsApp memperkenalkan mod tetapan sekuriti ketat hari ini khusus untuk golongan wartawan dan tokoh terkemuka yang tidak mahu perbualan mereka dipantau.

image is not available

Strict Account Settings akan menghalang lampiran fail atau media yang dihantar oleh individu yang tidak ada di dalam senarai alamat pengguna. Dengan ini serangan siber yang lebih sofistikated seperti pemasangan aplikasi hasad yang disorok dalam fail-fail seperti ini dapat dihalang.

Ciri tetapan akaun yang lebih ketat ini akan diberikan secara berperingkat dalam minggu-minggu mendatang. Ia boleh diakses menerusi Settings > Privacy > Advanced.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved