WhatsApp Membangunkan Ciri ‘Username Key’ Untuk Tingkatkan Kawalan Privasi

TechnologyDigital
13 Jan 2026 • 5:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

WhatsApp sedang membangunkan ciri baharu yang dinamakan Username Key untuk meningkatkan pengalaman sembang kali pertama pada peranti Android.

image is not available

Ciri ini merupakan kesinambungan kepada ciri username dan berfungsi sebagai lapisan keselamatan tambahan dengan akses pilihan yang ditetapkan oleh pemilik akaun. Kod tersebut bertindak sebagai pelindung kerana hanya individu yang mengetahui kata kunci boleh memulakan sembang manakala pengguna lain tidak dapat menghantar mesej atau membuat panggilan.

Melalui pendekatan ini, seseorang boleh berkongsi username secara terbuka sambil mengawal siapa yang benar-benar boleh menghubungi. Langkah ini sekali gus membantu mengurangkan isu spam dan mesej tidak diingini tanpa menjejaskan akses.

Ciri tersebut akan dipaparkan melalui skrin apabila pengguna cuba memulakan sembang buat kali pertama. Jika username key dimasukkan dengan betul perbualan boleh diteruskan seperti biasa. Namun, jika salah akses akan ditolak.

image is not available

Gabungan username dan username key dijangka mampu membentuk sistem komunikasi lebih selamat. Ciri ini juga membolehkan pengalaman sembang pertama berlaku tanpa pendedahan nombor telefon sambil memastikan hanya individu yang diberi kebenaran dapat menghantar mesej.

Buat masa ini, kedua-duanya masih dalam fasa pembangunan.