WhatsApp Memudahkan Anda Memberikan Emoji Reaksi Dengan Hanya Dwi-Tap Pada Mesej

TechnologyDigital
15 Jan 2025 • 11:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp Messenger sedia menawarkan kemudahan memberikan emoji reaksi kepada sesuatu mesej sejak sebelum ini. Namun, ia boleh dikatakan agak sukar, dan pengguna perlu tap seketika sehingga tetingkap emoji hadir sebelum memilih emoji yang ingin ditekan.

image is not available

Terbaru, WhatsApp memudahkan lagi proses berkenaan, dengan hanya perlu dwi-tap pada sesuatu mesej sahaja. Melalui kemaskini terbaru WhatsApp Messenger, pengguna hanya perlu dwi-tap pada sesuatu mesej, dan tetingkap untuk emoji akan hadir sebelum anda memilih.

Secara tidak langsung, proses ini lebih memudahkan pengguna, berbanding perlu tap sesuatu mesej untuk seketika. Kami sendiri telah mencubanya, dan proses baharu ini lebih mudah berbanding sebelumnya.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menggunakan ciri baharu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved