WhatsApp Menambah Sokongan Pemformatan Teks Pada Permesejan – Termasuk Untuk Senarai, Petikan, Dan Kod

TechnologyDigital
21 Feb 2024 • 11:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp sebelum ini sedia menyokong kemudahan untuk menjadikan sesuatu tulisan itu tebal, condong dan bergaris. Kini, menambah pada sokongan pemformatan sedia ada, pihak WhatsApp kini membawakan sejumlah ciri-ciri pemformatan teks tambahan.

image is not available

Melalui penambahan baharu ini, ia membolehkan pengguna menambah paparan teks dalam bentuk senarai, petikan dan juga kod. Ini sekaligus memudahkan dan menjadikan paparan mesej pada WhatsApp lebih kemas berbanding kebiasaan.

Kemaskini baharu ini tersedia untuk semua pengguna WhatsApp seluruh dunia bermula hari ini – termasuk di Android, iPhone, Web dan Desktop.