WhatsApp Menguji Ciri Mesej Suara Ke Transkrip Untuk Android Pula

TechnologyDigital
20 Mar 2024 • 2:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lepas, WhatsApp telah menguji ciri transkrip mesej suara ke teks untuk iOS. Ciri ini masih terhad untuk pengguna beta sahaja tetapi baru-baru ini, TheSPAndroid menemui kod ciri yang sama untuk peranti Android pula.

Terdapat beberapa butiran baharu untuk ciri ini ditemui. Pertama adalah pengguna perlu memuat turun 150MB data tambahan. Kedua ciri ini dilihat boleh dihidupkan dan dimatikan, kemudian WhatsApp turut dilihat akan menggunakan sistem pengecaman suara yang terbina dalam peranti pengguna untuk transkripsi yang disulitkan.

image is not available
Transkrip “Live Caption” pada Android, bukan WhatsApp

Tahun lepas, WABetaInfo melaporkan yang transkrip hanya menyokong bahasa yang sama ditetapkan untuk aplikasi dan teks mungkin tidak boleh dijana jika perkataan yang disebut dalam mesej suara tidak jelas. Ciri ini masih dalam pembangunan dan ia mungkin akan tiba dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan.