WhatsApp Menguji Kebolehan Memuat Naik Video 90 Saat Dalam Status Pada iPhone

TechnologyDigital
9 May 2025 • 1:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna berkongsi kemas kini status dalam bentuk video dengan durasi sehingga 90 saat pada iPhone. Dengan had masa yang lebih panjang, pengguna mempunyai lebih banyak kebebasan untuk berkongsi kandungan tanpa perlu memotong atau membahagikan video.

image is not available

Seperti yang diperlihatkan dalam tangkapan layar di atas, pengguna terpilih boleh memuat naik status video yang lebih panjang. Sebelum ini, WhatsApp telah meningkatkan had masa daripada 30 saat kepada satu minit. Memandangkan perubahan ini mendapat respon yang baik daripada pengguna. WhatsApp kini menambah lagi had masa kepada 90 saat.

Namun, perlu diingatkan bahawa ciri ini akan diperkenalkan secara berperingkat. Setakat ini, hanya sebilangan pengguna beta iOS sahaja yang dapat mencubanya. Selebihnya mungkin akan menerima akses pada masa akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved