Di Malaysia, wujud gerakan meminta kerajaan menjadi “abang besar” yang mengawal siapa boleh mengakses media sosial dan laman web. Gerakan ini mengikut apa yang telah dilakukan Australia dengan menggunakan sebab ia bagi menjadi keselamatan anak-anak. Hakikatnya ini masih tanggungjawab ibu bapa dan bukannya kerajaan.

Bagi ibu bapa serta penjaga yang masih peduli mengenai anak mereka, WhatsApp mengumumkan ciri mengawal akaun milik anak-anak bawah umur. Menerusi ciri kawalan ini, ibu bapa dan penjaga boleh menetapkan siapa boleh menghantar mesej kepada anak-akan dan juga kumpulan mana boleh mereka sertai. Mereka juga boleh melihat mesej yang diterima daripada akaun yang tidak dikenali serta menetapkan tahap privasi.
Kesemua ciri ini dikunci menggunakan kod PIN pada peranti milik anak bagi memastikan tetapan tidak boleh diubah tanpa kebenaran. Ciri ini. akan mula diberikan secara berperingkat bermula bulan depan.

