WhatsApp perkenal ciri sunting pelekat di dalam aplikasi, ini cara gunanya

Digital
12 Jan 2024 • 11:00 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

WhatsApp memperkenalkan kemas kini baharu yang membolehkan pengguna membuat pelekat tersuai sebelum berkongsikannya dalam ruang sembang anda tanpa perlu keluar daripada aplikasi. Pun begitu, fungsi baharu ini hanya untuk pengguna iPhone dengan perisian iOS 17 atau lebih terkini.

Walaupun sebelum ini anda boleh menghasilkan pelekat sendiri dengan menambah imej daripada galeri ke dalam aplikasi, tetapi kemas kini terbaharu itu menambah lapisan penyesuaian tambahan. Anda bukan sahaja boleh menghasilkan pelekat, bahkan boleh mengedit pelekat tersebut dengan melukis di atasnya, menambah teks atau menampal pelekat lain.

Pembuat pelekat sendiri di WhatsApp

Ingin membuat pelekat tersuai sendiri? Prosedurnya tetap sama seperti dahulu, cuma bezanya kini boleh menambah pelbagai kandungan media di atas imej yang dipilih daripada galeri. Berikut adalah cara untuk menghasilkan pelekat sendiri:

image is not available
Membuat pelekat baharu

  1. Klik untuk membuka ikon pelekat.
  2. Klik untuk membuat pelekat.
  3. Pilih imej daripada galeri gambar.
  4. Kemudian anda boleh mengedit pelekat dengan memilih potongan gambar, menambah teks, melukis atau menambah pelekat sedia ada.
  5. Selesai mengedit, anda boleh terus kongsikannya di ruang sembang.

Anda juga boleh mengedit pelekat yang telah dibuat sebelum ini dengan cara:

image is not available
Mengedit pelekat sedia ada

  1. Klik ikon pelekat.
  2. Pilih pelekat yang ingin diubahsuai dan tekan lama.
  3. Pilih untuk mengedit pelekat.

Buat masa ini, ciri baharu itu hanya tersedia pada iPhone dengan perisian iOS 17 dan ke atas. Bagi pengguna Android, fungsi itu masih belum tersedia untuk anda, tetapi rasanya WhatsApp tidak akan mengambil masa lama untuk memperkenalkannya ke platform lain.

[Sumber:WhatsApp]

Bacaan berkaitan: