WhatsApp perkenal tab Favorites, lebih mudah cari kenalan & kumpulan kegemaran

Digital
17 Jul 2024 • 11:21 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Disebabkan terlalu banyak kenalan dan kumpulan, mencari semula perbualan bersama rakan dan orang tersayang kadang-kadang menjadi sukar. Tetapi kini ia boleh dipermudahkan dengan ciri yang baru tiba di WhatsApp, Favorites.

Favorites adalah tab yang terletak di bahagian atas Chats. Sebelum ini, tab di atas menyediakan pilihan pantas untuk All, Unread dan Groups sahaja. Kini anda boleh memilih kenalan yang penting, untuk diletakkan di dalam tab Favorites dan boleh mencari semula perbualan mereka dengan lebih mudah. Membuat panggilan suara dan video juga lebih pantas ditemui di sini.

Untuk menambah kenalan ke dalam Favorites, boleh guna cara seperti berikut:

  • Dari laman Chats, tekan pada tab Favorites dan tambah kenalan atau kumpulan yang ingin dimasukkan ke dalam Favorites.
  • Dari laman Calls, tekan butang ‘Add Favorites’ dan pilih kenalan atau kumpulan yang ingin dimasukkan ke dalam Favorites.
  • Selain itu, boleh juga menguruskan Favorites di dalam tetapan. Pergi ke “Settings > Favorites > Add to Favorites” dan buat susunan yang diingini bila-bila masa.

Jika anda masih belum mendapat fungsi Favorites, jangan risau. Ini kerana ia sedang dikemaskini kepada semua pengguna secara berperingkat, dalam beberapa minggu akan datang.

[Sumber: WhatsApp]

Bacaan Berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved