WhatsApp Perkenalkan Kemaskini MemfokusKan Perbualan Berkumpulan – Termasuk Penambahbaikan Fungsi Undian

Technology
5 Aug 2026 • 12:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp Perkenalkan Kemaskini  MemfokusKan Perbualan Berkumpulan – Termasuk Penambahbaikan Fungsi Undian

WhatsApp memperkenalkan kemaskini terbaharu yang menumpukan kepada pengalaman perbualan berkumpulan. Tiga ciri utama diumumkan ialah penambahbaikan fungsi undian, penggunaan @all untuk memaklumkan semua ahli serta kemudahan mencipta kumpulan baharu daripada kumpulan sedia ada. Kesemua ciri ini ditawarkan bagi meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam kumpulan (Group).

Image from: WhatsApp Perkenalkan Kemaskini  MemfokusKan Perbualan Berkumpulan – Termasuk Penambahbaikan Fungsi Undian

Undian dalam kumpulan WhatsApp kini lebih teratur dengan beberapa penambahbaikan baharu. Pencipta undian boleh menetapkan masa tamat supaya ahli tidak lagi dapat mengundi selepas tempoh tertentu. Mereka juga boleh memilih untuk menyembunyikan nama pengundi dan menjadikan undian lebih sulit dikenal pasti. Selain itu, soalan undian boleh disunting dalam masa 15 minit selepas dihantar bagi membetulkan kesilapan atau menjelaskan maksud sebelum terlalu ramai ahli mengundi.

Image from: WhatsApp Perkenalkan Kemaskini  MemfokusKan Perbualan Berkumpulan – Termasuk Penambahbaikan Fungsi Undian

WhatsApp turut mengemaskini ciri @all yang membolehkan ahli atau pentadbir menghantar notifikasi kepada semua ahli kumpulan secara serentak. Dalam kumpulan melebihi 32 ahli, hanya pentadbir dibenarkan menggunakan @all manakala dalam kumpulan kecil semua ahli boleh menggunakannya. Walaupun kumpulan dibisukan, notifikasi ini tetap akan diterima. Untuk mengelakkan gangguan berlebihan, WhatsApp turut menyediakan pilihan menyahtifkan fungsi ini tanpa menjejaskan notifikasi lain melalui tetapan yang boleh diubah pada skrin info kumpulan.

Selain itu, pengguna kini boleh mencipta kumpulan baharu dengan lebih cepat menggunakan ahli daripada kumpulan sedia ada. Kaedah ini menghapuskan keperluan menambah ahli satu per satu dan berguna apabila perbincangan perlu berpecah daripada kumpulan utama contohnya untuk topik khusus yang tidak melibatkan semua ahli. Ciri ini sedang dilancarkan untuk pengguna iOS dan Android. Jika ciri tersebut belum muncul, pengguna disaran mengemas kini aplikasi dan menyemak semula dalam beberapa hari akan datang.

Sumber – Meta Press

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved