WhatsApp Sedang Membangunkan Ciri Perkongsian Lagu Spotify Ke Status Seumpama Instagram

TechnologyDigital
20 Mar 2025 • 12:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna berkongsi lagu daripada spotify terus ke status mereka seumpama Instagram.

image is not available

Melaluinya pengguna kelak boleh memaparkan pratonton (preview) visual lagu dengan butiran penting seperti tajuk lagu, nama artis dan album, berserta pilihan ‘Play on Spotify’ untuk mendengar lagu tersebut secara langsung. Selain itu, mereka juga boleh mengubah latar belakang pratonton tersebut menjadi lebih menarik untuk dikongsikan.

Pratonton (preview) baharu ini juga dijangka boleh mengubah cara pengguna berkongsi muzik memandangkan ia kelihatan lebih menarik berbanding fungsi sedia ada yang sekadar memaparkan pautan. Persamaan konsep yang digunakan juga tidak mengejutkan memandangkan kedua-dua platform berada di bawah naungan induk yang sama.

Ciri ini masih dalam fasa pembangunan dan akan tersedia menerusi kemaskini akan datang.