WhatsApp tambah satu ciri bermanfaat di iOS yang sudah lama ada di Android

Digital
20 Feb 2023 • 12:03 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

WhatsApp telah lancarkan sokongan picture-in-picture (PiP) bagi kemas kini aplikasinya di iPhone. Dengannya, anda boleh teruskan panggilan video WhatsApp dalam tetingkap kecil sambil lakukan perkara lain pada iPhone, sama seperti di Android. Berbanding sebelum ini, panggilan video akan pause sebaik sahaja pengguna keluar dari Whatsapp.

Saya sudah cuba ciri ini melalui iPhone 14 dengan iOS 16.1.2 dan ianya berhasil. Saya buka aplikasi lain seperti App Store dan Telegram semasa lakukan panggilan video di WhatsApp, secara automatik panggilan tersebut akan jadi tetingkap kecil manakala bahagian belakangnya adalah aplikasi lain yang baru saya buka.

image is not available

Kebaikan ciri ini ialah, anda boleh buat perkara lain di aplikasi lain, sambil berbual dengan kenalan anda dalam panggilan video WhatsApp. Contohnya, anda boleh berbual sambil hantar email, akses Maps dan sebagainya.

Selain kemaskini ini, WhatsApp versi 23.3.77 juga membawa beberapa perubahan lain, seperti keupayaan untuk menambah kapsyen semasa hantar dokumen, serta menambah sokongan untuk meletakkan subjek dan penerangan group yang lebih panjang. WhatsApp mengatakan pengguna akan menerima kemaskini ciri ini dalam beberapa minggu akan datang.

image is not available

[Sumber: Macrumors]
[Sumber gambar: 9TO5Mac]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved