WhatsApp uji ciri edit mesej, fungsi hampir sama dengan Telegram & iMessage

Digital
27 Feb 2023 • 5:11 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

WhatsApp telah perkenalkan keupayaan untuk edit mesej yang sudah dihantar dalam versi beta, untuk Android sejak tahun lepas. Ciri ini hampir sama seperti yang ada di aplikasi iMessage dan Telegram. Meskipun belum diperkenalkan kepada semua, ciri tersebut kini diusahakan untuk aplikasi iOS pula.

Perkara ini pernah dikongsikan WABetaInfo pada bulan November tahun lepas. Melalui WhatsApp beta kemas kini iOS 22.23.0.73, pengguna mempunyai keupayaan untuk edit mesej. Peluang untuk melakukannya adalah sehingga 15 minit setelah mesej itu dihantar. Maka, sempatlah jika anda nak betulkan sebarang kesilapan atau masukkan maklumat tambahan pada mesej asal. Tapi, pilihan edit ini hanya berfungsi untuk mesej teks sahaja, bukan untuk kapsyen imej, video dan dokumen.

Seperti gambar di bawah, ada pilihan Edit disediakan pada perbualan. Sebaik sahaja mesej di sunting dan dihantar semula, akan ada perkataan Edited dinyatakan pada mesej itu. Berbeza dengan iMessage, mesej yang disunting tuurt disertakan sekali dengan sejarah suntingan. Dalam hal ini, ciri WhatsApp akan tampil hampir serupa dengan Telegram.

image is not available

Seterusnya, melalui kemas kini WhatsApp beta iOS 23.4.0.72 baru-baru ini, didapati bahawa WhatsApp terus mengusahakan keupayaan tersebut dengan menambah ciri “mesej tidak disokong”. Ini bermaksud, apabila seseorang hantar mesej yang sudah disunting kepada anda, tetapi WhatsApp anda masih pada versi lama, maka anda tidak akan dapat baca mesej tersebut. Hal ini kerana ciri itu tidak serasi dengan WhatsApp versi lama.

image is not available

Walapun masih tiada maklumat bila ciri ini akan dilepaskan kepada semua pengguna, tetapi mungkin ia akan dilancarkan tidak lama lagi memandangkan ciri itu baru sahaja dikeluarkan kepada pengguna WhatsApp beta untuk iPhone. Jadi, anda boleh nantikannya dalam kemaskini akan datang.

[Sumber: 9TO5Mac, Wabetainfo]