WhatsApp Web Akan Menyokong Fungsi Chat Lock

TechnologyDigital
2 Feb 2024 • 6:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Chat Lock merupakan fungsi yang membenarkan pengguna mengunci ruangan sembang tertentu menggunakan kata laluan sekaligus menghalangnya diakses oleh orang lain. Ia diumumkan pada Mei tahun lalu dan hanya disediakan melalui aplikasi di telefon pintar setakat ini.

image is not available

Bagaimanapun menurut perkongsian baharu ciri tersebit berpotensi ditawarkan pada versi web pula, yang sepatutnya tersedia dalam kemaskini akan datang. Tangkap layar dikongsi menunjukkan antaramuka WhatsApp Web baharu dengan ciri Chat Lock. Ia diletakkan dalam satu tab baharu pada panel sisi kiri, bersama sejumlah fungsi lain yang termasuk kemas kini status/komuniti, sembang diarkibkan, ruangan tetapan dan lain-lain.

image is not available

Pengguna turut disajikan dengan fungsi tetapan di bahagian bawah, yang secara keleruhannya menampakkan antaramuka baharu lebih kemas dan mesra pengguna. Buat masa ini ia masih di peringkat pembangunan, dan boleh diberi penambahbaikan sebelum diiumumkan dalam versi penuh.

View Original Article