White House Bincang Isu Stablecoin Bersama Industri Kripto & Bank

WorldTechnology
3 Feb 2026 • 11:00 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

image is not available

Pegawai White House dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan wakil industri kripto dan perbankan bagi membincangkan isu stablecoin, khususnya berkaitan ganjaran atau pulangan (yield) dalam rang undang-undang Digital Asset Market Clarity (CLARITY) Act yang masih tertangguh di Senat AS.

Perbincangan ini hadir lebih dua minggu selepas Senate Banking Committee menangguhkan proses undian terhadap CLARITY Act, susulan beberapa isu kritikal yang belum mencapai kata sepakat. 

Antaranya termasuk tokenized equities, DeFi, etika pegawai awam melabur kripto, serta peranan stablecoin dalam sistem kewangan.

Menurut The Digital Chamber, mesyuarat di White House itu disifatkan sebagai langkah penting bagi membuka jalan ke arah penyelesaian

Pihak industri kripto melihat rundingan ini sebagai usaha mewujudkan padang permainan yang adil antara aset digital dan sistem perbankan tradisional di Amerika Syarikat.

Penasihat kripto White House, Patrick Witt, turut menyifatkan pertemuan tersebut sebagai konstruktif dan berfokus kepada penyelesaian, memberi isyarat bahawa kompromi mungkin dicapai dalam masa terdekat. 

Wakil daripada persatuan bank dan organisasi kripto utama turut hadir dalam perbincangan tersebut.

Walaupun proses penggubalan undang-undang masih berdepan cabaran politik dan gangguan akibat penutupan separa kerajaan AS, pertemuan ini menunjukkan bahawa masa depan rangka kerja kripto di AS masih aktif dirunding, dengan stablecoin kekal sebagai isu teras yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved