WHO bimbang amaran Israel mahu Hospital Al-Quds dikosongkan

21 Oct 2023 • 7:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

GENEVA, 21 OKT: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu menyuarakan kebimbangan terhadap amaran Israel supaya mengosongkan Hospital Al-Quds yang terletak di utara Semenanjung Gaza.

“Selain menempatkan pesakit dan petugas kesihatan, ratusan lagi yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sedang berlindung di kawasan hospital itu…,” kata WHO menerusi catatan di X, lapor Agensi Berita WAFA.

Selain itu, Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus turut melahirkan kebimbangan beliau mengenai ancaman Israel itu, menerusi catatan di akaun X beliau.

“Seperti yang WHO telah tegaskan berulang kali, mustahil untuk petugas di hospital yang sesak itu mampu untuk memindahkan pesakit dengan selamat.

“Mereka (petugas) mesti dibenarkan melaksanakan fungsi mereka untuk menyelamatkan nyawa. Mereka mesti dilindungi, ” tegas beliau.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Palestin Mai Alkaila merayu masyarakat antarabangsa dan semua pertubuhan hak asasi manusia untuk campur tangan dan melindungi Hospital Al Quds di Gaza daripada ancaman serangan Israel.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved