WHO: Tiga Maut Disyaki Akibat Wabak Hantavirus Di Atas Kapal Persiaran

WorldHealth & Fitness
4 May 2026 • 1:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

WHO: Tiga Maut Disyaki Akibat Wabak Hantavirus Di Atas Kapal Persiaran

WHO: Tiga Maut Disyaki Akibat Wabak Hantavirus Di Atas Kapal Persiaran

RIO DE JANEIRO, 4 Mei (Bernama-dpa) -- Tiga orang maut manakala tiga lagi dijangkiti susulan wabak disyaki hantavirus di atas sebuah kapal persiaran kecil di Lautan Atlantik, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

WHO menerusi platform media sosial X menyatakan bahawa seorang pesakit kini sedang menerima rawatan rapi di Afrika Selatan.

Menurut Kementerian Luar Belanda, dua daripada mangsa yang meninggal dunia merupakan rakyat negara berkenaan.

Hantavirus boleh menyebabkan demam dan penyakit pernafasan yang teruk kepada manusia. Jangkitan biasanya berlaku melalui pendedahan kepada air kencing, najis atau air liur tikus yang dijangkiti. Menurut WHO, jangkitan daripada manusia ke manusia adalah jarang berlaku.

Setakat ini, satu daripada kes itu telah disahkan melalui ujian makmal, manakala jangkitan selebihnya masih diklasifikasikan sebagai disyaki.

Baca juga:

WHO menambah bahawa kesemua penumpang dan anak kapal yang lain sedang menerima sokongan perubatan.

Satu siasatan epidemiologi terperinci kini sedang dijalankan.

Menurut laporan BBC, kapal yang terlibat ialah "Hondius," yang dikendalikan oleh syarikat Belanda, Oceanwide Expeditions, dengan kapasiti 170 penumpang dan kira-kira 70 anak kapal.