Whoosh Terus Alami Kerugian, Hutang Dan Kos Tinggi Jadi Punca

LocalBusiness & Finance
18 Aug 2025 • 11:43 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Projek Kereta Api Laju Jakarta–Bandung (Whoosh) terus menjadi beban besar kepada syarikat milik negara (BUMN) Indonesia apabila jumlah kerugian terkumpul sejak tahun lalu hingga pertengahan 2025 sudah melebihi RM1.5 bilion.

Whoosh keretapi laju pertama Asia

image is not available

Foto: CNN Indonesia

Menurut laporan CNN Indonesia, berdasarkan laporan kewangan belum diaudit, PT Pilar Sinergi BUMN Indonesia (PSBI) menyatakan entiti yang dikawal PT Kereta Api Indonesia (KAI) merekodkan kerugian RM1.09 bilion sepanjang 2024 dan tambahan RM424 juta pada separuh pertama 2025.

KAI sebagai pemegang saham utama dengan 58.53 peratus kepentingan, paling terkesan apabila terpaksa menanggung hampir RM496 juta kerugian hanya dalam tempoh setahun terakhir.

Kos projek mega itu pula melonjak kepada RM30.63 bilion, termasuk tambahan perbelanjaan lebih RM5.06 bilion, yang sebahagian besarnya dibiayai melalui pinjaman Bank Pembangunan China (CDB).

image is not available

Foto: CNN Indonesia

Walaupun Whoosh dijulang sebagai kereta api laju pertama di Asia Tenggara, realitinya projek mega ini kini menjadi beban kewangan besar yang menelan lebih RM1.5 bilion dalam tempoh singkat, sekali gus menekan kerajaan Indonesia dan syarikat-syarikat BUMN terlibat.