“Why Always Me?” Kedah Akhirnya Berjaya Beli Balotelli, Mesin Pemusnah Baru Sang Kenari

Football
27 Jan 2023 • 4:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Fuhh! Bukan biasa-biasa gais… Kelab Kedah Darul Aman nampaknya bakal tampil lebih gerang dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini selepas berjaya mengikat penyerang dari Brazil.

Jonathan Boareto do Reis atau lebih dikenali sebagai Jonathan Balotelli yang berusia 33 tahun itu dimaklumkan bakal menjadi penyerang di KDA selamat setahun kontrak.

image is not available

Kehadiran Balotelli akan mengisi barisan penyerang pasukan Sang Kenari musim ini selain pemain import yang juga dari Brazil, Willian Lira dan pemain tempatan Aiman Afif.

Ketajaman Balotelli ditagih bagi menjadi senjata pemusnah Sang Kenari dan beliau akan menggunakan jersi nombor 89 pada musim 2023 ini.

Difahamkan Balotelli sebelum ini beraksi di Liga China dan Timur Tengah dan akan mula laporkan diri ke kem latihan KDA pada hari ini.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.