“Why Not Buat Filem Gabung Bertiga, Confirm Letop!” – Aura Hun Haqeem, Meerqeen & Nadhir Dipuji Ala ‘Oppa’ Korea

Music
4 Feb 2024 • 12:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan sekarang ini banyak pelakon baru lelaki yang menjadi kegilaan gadis-gadis Melayu dan antaranya Meerqeen, Hun Haqeem, Nadhir Nasar dan ramai lagi.

Buat video menari bersama, peminat ‘cair’

Terbaru, melalui akaun TikTok Meerqeen, kelihatan tiga pelakon lelaki itu berganding dalam satu video dan satu per satu memaparkan diri sambil menari mengikut rentak lagu milik Sean Lee bertajuk Tak Sanggup Terima.

Video tersebut telah mencuri perhatian para gadis-gadis yang meminati mereka bertiga.

Ala-ala ‘oppa’ Korea

Meninjau di ruangan komen hantaran video itu, rata-rata peminat ‘cair’ melihat telatah ketiga-tiga pelakon kacak itu hingga memuji mereka seperti artis Korea.

image is not available

image is not available

Bahkan ada yang berhara agar satu hari nanti mereka akan bersama-sama berlakon bersama kerana yakin pasti akan memberi impak yang besar buat filem ataupun drama yang dilakoni.

image is not available 2 months ago

"Muka Ni Bersepah Kat Pasar Selayang.." - Meerqeen Dan Nadhir Nasar Dilabel 'Muka Awam', Respon Selebriti Ini Jadi Tumpuan

View Original Article