“Why Now? Ada Masalah Hati Ko Ni” – Dakwa Diri Dibuli Pelakon, Netizen Persoal Motif ‘Mangsa’ Ungkit Kisah Lama

Entertainment
16 Mar 2023 • 5:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, sekarang ini sedang hangat di laman media sosial mengenai individu wanita mendakwa bahawa dirinya telah dibuli secara mental oleh seorang pelakon wanita popular.

Difahamkan kejadian membuli itu terjadi sewaktu mereka belajar di sekolah yang sama serta sekelas pada 15 tahun yang lalu.

Susulan itu, pelakon tersebut sedar namanya dipetik oleh individu terbabit dan berasa kesal dengan tuduhan tidak berasas itu.

Bagaimanapun, pendedahan wanita tersebut bukan saja membuat pelakon wanita itu berasa kurang senang, malah netizen turut persoalkan motifnya mendedahkan perkara lama.

Menurut netizen, kenapa ketika pelakon tersebut sudah berjaya dan sedang hadapi dugaan bersama suami, baru individu terbabit mahu ‘membongkarkan’ hal ini.

image is not available

Sekadar info, individu berkenaan telah mendedahkan di laman media sosialnya bahawa dia dibuli oleh pelakon wanita popular sewaktu di zaman sekolah dan bukan saja dibuli secara mental, malah pelakon tersebut turut didakwa melakukan gangguan seksual dengan menyentuh dada individu tersebut tanpa izin.

image is not available 5 jam lalu

"Allahuakbar, Siapa Yang Tengah Buli Siapa?" - Uqasha Senrose Jawab Dakwaan Jadi Kaki Buli Di Sekolah, Ramai Netizen 'Spill Tea'