Wikipedia Mengharamkan Artikel Ditulis Oleh AI

Technology
27 Mar 2026 • 11:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Wikipedia telah mengemaskini garis panduan penulisan untuk kandungan dengan ia kini mengharamkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menjana atau menulis semula artikel. Ini adalah perubahan daripada garis panduan asal yang hanya mengharamkan AI digunakan untuk penciptaan artikel baharu.

image is not available

Keputusan ini dibuat selepas undian dilakukan dalam komuniti editor Wikipedia dengan keputusan 40 menyokong dan 2 menentang. Editor masih boleh menggunakan AI asalkan ia tidak menambah kandungan baharu atau mengubah maksud asal, mencadangkan suntingan asas pada tulisan mereka sendiri dan artikel disunting hanya boleh diterbitkan selepas disemak oleh manusia.

Wikipedia masih memberikan kepentingan kepada penulis manusia. Ini berbeza dengan Grokipedia yang ditulis sepenuhnya oleh AI Grok.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved