Wiko akan lancar telefon pertama di China, apa penglibatan Huawei?

Digital
21 Dec 2022 • 10:38 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Wiko adalah jenama daripada Perancis tapi telefon mereka adalah buatan China. Kali terakhir Wiko lancarkan telefon di Malaysia adalah Wiko 10, sebuah telefon kelas permulaan yang ditawarkan pada harga RM699. Berita terbaharu daripada jenama itu mengatakan yang mereka akan lancarkan telefon pertama dalam negara China.

Nama modelnya mudah sahaja iaitu Wiko 5G. Tentu sekali ia adalah telefon 5G pertama daripada Wiko. Majlis pelancaran akan berlangusng pada 27 Disember 2022 berdasarkan poster jemputan yang dihantar.

image is not available

Namun, perkara yang menarik tentang Wiko 5G adalah ia dilaporkan sebagai telefon penjenamaan semula daripada Huawei Nova 9 SE 5G.

image is not available

Pada poster jemputan, terdapat info tentang pengecasan 66W dan storan sehingga 256GB. Spesifikasi tersebut mirip Nova 9 SE 5G yang turut dilengkapi perkara yang sama. Sekiranya benarlah ia penjenamaan semula, berikut adalah spesifikasi teknikalnya:

  • SoC Snapdragon 695 5G
  • RAM 8GB
  • Storan sehingga 256GB
  • Kombinasi kamera 108MP, 8MP (ultralebar), 2MP, 2MP (makro), dan 16MP (selfie)
  • Bateri 4,000mAh dengan pengecasan 66W

Kalau di China, Huawei Nova 9 SE 5G menjalankan sistem operasi HarmonyOS yang bermakna tiada Google Play Services terpasang. Adakah Wiko 5G akan dilancarkan di China tanpa Google?

Sumber: GSMArena