Wiko Buds 10 fon putik sulung jenama itu mula dijual, harga RM129

Digital
21 Nov 2022 • 11:12 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jenama pengeluar telefon daripada Perancis, Wiko, mengumumkan mereka kini turut menawarkanproduk audio untuk peminat mereka. Produk yang mereka lancarkan dalam pasaran Malaysia adalah Wiko Buds 10, sebuah fon putik dengan spesifikasi permulaan.

image is not available

Wiko Buds 10 memiliki fizikaliti generik, sama seperti kebanyakan fon putik lain diluar sana. Anda dapat bekas penyimpanan ala Air Pods berwarna putih, dan fon putik berwarna putih. Di bahagian putik earfon ini ada permukaan peka sentuhan yang boleh anda masukkan arahan sewaktu menggunakannya seperti menyeru pembantu maya, jawab/tolak panggilan masuk, dan beberapa arahan yang lain.

image is not available

Daripada segi spesifikasi, Wiko Buds 10 dipacu unit audio 12mm dan dilengkapi beberapa mikrofon untuk penyaringan hingar sewaktu panggilan telefon. Produk ini tidak didatangkan dengan penyaring hingar aktif (ANC).

image is not available

Hayat bateri diiklankan pada paras 6 jam lamanya dengan bekas penyimpanannya turut terkandung dan mampu berikan waktu guna berjumlah 30 jam lamanya.

image is not available

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan seunit fon putik Wiko Buds 10 ini, harganya adalah RM129 seunit. Ia boleh didapatkan di semua pengedar sah Wiko diseluruh negara. Malangnya, produk ini tidak disenaraikan pula di gedung dalam talian rasmi Wiko di Shopee.

image is not available

Sekiranya anda ingin dapatkan fon putik pada harga patut yang dilengkapi ANC, anda boleh baca artikel kami terdahulu.