Wiko T50 Dan T10 Bakal Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
18 Jul 2022 • 11:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Wiko sebelum ini secara rasminya telah mengumumkan kemasukan rasmi ke pasaran Malaysia. Melaluinya, mereka turut berkongsi perancangan untuk hadir dengan penawaran peranti yang kelak dijual pada harga mampu milik.

image is not available

Bercerita lanjut, kini Wiko berkongsi lanjut mengenai model peranti pintar yang bakal dilancarkan. Dikenali sebagai Wiko T50 dan T10, kedua-duanya hadir dengan penawaran berbeza bagi menjadikan masing-masing mempunyai nilai yang tersendiri.

Misalnya, Wiko T50 dibekalkan skrin 6.6-inci dengan padanan kamera utama 64MP dan bateri yang menyokong sistem pengecasan pantas 40W. Sementara itu, Wiko T10 pula menggunakan skrin 6.5-inci, bateri 5000mAh dan kamera 13MP.

image is not available

Tiada tarikh pelancaran rasmi khusus yang dikongsi setakat ini. Namun, kita boleh menjangkakan ia bakal didedahkan dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai perkara ini. Kami di Amanz turut akan mengemaskininya untuk perkongsian bersama.