Willowglen MSC menang kontrak RM42.8 juta bekalkan sistem keselamatan kepada Kementerian Pendidikan Singapura

LocalBusiness & Finance
21 Aug 2024 • 9:30 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Willowglen MSC menang kontrak RM42.8 juta bekalkan sistem keselamatan kepada Kementerian Pendidikan Singapura

johardy

21/08/2024 - 09:30

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Willowglen MSC Bhd memperoleh kontrak bernilai kira-kira RM42.84 juta daripada Kementerian Pendidikan di Singapura untuk reka bentuk, pembekalan dan pemasangan sistem keselamatan.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, pembekal sistem kawalan berasaskan komputer itu berkata kontrak itu diberikan kepada anak syarikat milik penuhnya Willowglen Services Pte Ltd.

Kontrak itu, yang akan bermula pada 29 Ogos tahun ini, akan diselesaikan pada 28 Feb 2026.

image is not available

“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 hingga 2025.

"Kontrak itu tidak boleh diperbaharui dan risiko berkenaan dengan kontrak adalah risiko perniagaan biasa," kata syarikat itu. - DagangNews.com