Sistem pencahayaan RGB merupakan salah satu daripada aspek yang diutamakan oleh pembina komputer desktop untuk mencantikkan lagi binaan komputer mereka. Akan tetapi satu perkara yang sangat leceh mengenai ini ialah penggunaan perisian pengawal RGB yang bergantung kepada jenama aksesori yang digunakan.
Terkini, Microsoft, melalui sistem operasi Windows 11 dilihat sedang menguji perisian pengawal pencahayaan RGB terbina melalui program Windows Insider mereka yang terbaru. Melalui perisian terbina ini, pengguna boleh memperlihatkan kesemua komponen lampu RGB mereka, dan mengubahsuai corak warna dan pelbagai jenis tetapan yang lain.
New settings for device lighting make an appearance in build 25295. Is this the beginning of the end for low quality RGB gamer gear apps? 
https://t.co/oG4JbKsoeB pic.twitter.com/bMtxCH8REo
Tetapan menu baru ini hanya boleh diperlihatkan dalam binaan sistem operasi Windows 11 build 25295 untuk mereka yang berdaftar dengan Windows Insider Program. Microsoft secara lazimnya akan mengambil masa beberapa bulan sebelum mereka memperkenalkan ciri-ciri ini secara rasmi, tetapi buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperkenalkan secara rasmi.
