Microsoft telah mengeluarkan kemas kini kecemasan selepas kemas kini tampalan sekuriti untuk Januari 2026 menyebabkan sesetengah PC Windows 11 tidak boleh dimatikan atau memasuki mod hibernasi. Apabila cuba dimatikan, ia akan hanya melakukan proses but semula yang tidak diminta.

Ciri ini hanya dilaporkan pada PC yang menggunakan ciri Secure Launch. Selain menyelesaikan isu di atas, kemas kini juga menyelesaikan skrin yang tidak memaparkan grafik, Outlook Classic terhenti secara tiba-tiba dan membaiki isu pengguna tidak boleh log masuk secara jauh pada Windows 10 dan Windows 11.
Sekiranya anda terkesan, sila kemas kini sistem operasi Windows anda dengan segera hari ini.


