Sewaktu acara Microsoft Ignite yang baru sahaja berlangsung, Microsoft telah memperkenalkan banyak teknologi-teknologi baru yang dilihat memfokuskan terhadap pembangunan, penggunaan dan penambahbaikan teknologi kecerdasan buatan.
Dalam pada itu, Microsoft juga telah memperlihatkan kemaskini kepada produk-produk mereka yang sedia ada, seperti sistem operasi awanan Microsoft Windows 365 yang kini memperlihatkan sejumlah besar kemaskini baru yang memanfaatkan syarikat-syarikat berskala global khususnya.
Windows 365 hari ini memperlihatkan ujian untuk langganan pengguna yang baru, dimana akaun Windows 365 kini hadir dengan penawaran untuk hadir bersama-sama dengan GPU ataupun kad grafik terbina. Ini dilihat sebagai sebuah langganan yang sangat bermanfaat, khususnya untuk mereka yang bekerja dalam industri kreatif dan memerlukan kuasa pemprosesan yang lebih tinggi untuk menyunting dan mengolah gambar dan video beresolusi tinggi, membangunkan objek-objek 3D dengan resolusi tinggi dan sebagainya.

Untuk profesional IT yang sering perlu mengakses desktop para pekerja syarikat untuk mengatasi masalah pengguna, Microsoft juga telah memperlihatkan Windows App yang membolehkan pentadbir IT untuk melog masuk kedalam mana-mana antaramuka Windows 365, Azure Virtual Desktop, Remote Desktop, Remote Desktop Services, Microsoft Dev Box dan sebagainya.
Tidak mengejutkan, kecerdasan buatan juga menjadi fokus utama di Microsoft Ignite tahun ini. Dalam konteks Windows 365, kecerdasan buatan digunakan untuk memastikan bahawa keselamatan data pengguna sentiasa terjaga dan akan digunakan dalam pengiraan berapa banyakkah peranti yang perlu diagihkan untuk pengguna-pengguna baru.
Microsoft juga dilaporkan sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak parti ketiga untuk membolehkan ciri Single Sign On dan sokongan nirkata laluan untuk Windows 365 dan juga Azure Virtual Desktop. Sebagai langkah keselamatan tambahan, penambahan tanda air sewaktu tangkapan layar juga dibuat untuk memastikan data yang terkandung tidak dimanipulasi.
Sejumlah daripada fungsi-fungsi ini sudahpun mula diuji pada Windows 365 dan Azure Virtual Desktop. beberapa fungsi lain akan diperkenalkan juga di masa akan datang sebagai kemaskini kepada kedua-dua sistem operasi awanan ini.
- Sumber
- WindowsCentral



