Windows Phone Link Kelak Boleh Mengesan Teks Pada Tangkapan Layar Android

TechnologyDigital
18 Sep 2023 • 2:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Phone Link adalah ciri Windows yang sangat bagus tetapi dalam pemantauan saya tidak ramai menggunakannya. Ini mungkin kerana Phone Link lebih mesra dengan peranti Samsung dan tidak begitu menarik digunakan dengan peranti lain. Ciri ini mungkin akan mengubah perkara ini dengan pengenalan satu ciri baharu yang cukup berguna.

image is not available

Terbaru, Windows 11 akan memberi notifikasi apabila peranti Android yang dihubungkan pada Phone Link melakukan tangkapan layar. Apabila ditekan, imej tangkapan layar akan dimuatkan ke dalam Snipping Tool dan ia boleh mengesan teks untuk disalin tampal pada aplikasi nota.

image is not available

Selain itu, Snipping Tool ini turut boleh menapis dengan meletakkan palang hitam pada kandungan yang sensitif sebelum sesuatu imej dikongsi pada mana-mana platform. Buat masa ini kesemua ciri ini adalah untuk Snipping Tool pada Windows 11 versi Canary dan Dev Channels sahaja.