WindowsBlinds Kini Membawa Tema Klasik Seumpama Windows 95 Untuk Pengguna Windows 11

TechnologyDigital
25 Dec 2022 • 7:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

WindowsBlinds merupakan salah satu perisian yang membantu pengguna dalam mengubah tema dan antaramuka sistem operasi Windows, mengikut citarasa seseorang pengguna itu sendiri. Ia menawarkan pelbagai capaian dalam memudahkan pengguna mengubah pelbagai paparan pada komputer Windows – sekaligus menjadikan pengguna mempunyai antaramuka eksklusif dan berbeza dengan pengguna yang lain.

Terbaru, melalui kemaskini terkini WindowsBlinds 11, ia turut menyertakan sebuah ciri baharu yang mengamit memori pengguna seumpama menggunakan sistem operasi Windows 95.

image is not available

Tema Windows Classic ini turut disesuaikan untuk menu Start di Windows 11 yang terbaru. Walaupun tema ini mungkin tidak digemari ramai, tetapi semestinya ia akan digunakan dan dicuba pengguna WindowsBlinds yang ingin mengembalikan nostalgia perkomputeran sekitar beberapa dekad lepas.

image is not available

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba WindowsBlinds 11 yang terbaru hari ini.

View Original Article