WinRAR Menambah Sokongan Tema Gelap

TechnologyDigital
17 Feb 2025 • 9:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WinRAR merupakan salah satu perisian yang popular pada desktop, memudahkan pengguna memampatkan fail atau membuka fail yang dimampatkan. Kebiasaannya, sesuatu fail atau folder dimampatkan untuk tujuan memudahkan perkongsian melalui emel atau platform internet lain, dimana ia menjimatkan saiz storan.

image is not available

Selepas ditawarkan sekian lama, kini pembangunnya telah mula menawarkan WinRAR 7.10, yang mana salah satu ciri yang disertakan bersama dengannya adalah sokongan tema gelap.

Dengan langkah ini, pengguna boleh menyelarikan penggunaannya dengan tema atau latar desktop. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun WinRAR hari ini melalui laman rasmi mereka, dan menikmati tema gelap yang dibawakan bersama dengannya ini.