Wisma Jakel terbakar lagi

3 Jan 2023 • 7:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bomba berjaya memadam kebakaran di Wisma Jakel, Shah Alam pada Selasa.

SHAH ALAM - Sebuah bilik simpanan kain langsir di bangunan Wisma Jakel di Seksyen 7 di sini, terbakar awal pagi Selasa.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.40 tengah malam.

Menurutnya, seramai 43 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Kota Anggerik, Puchong, Damansara, Sungai Pinang, Petaling Jaya dan Kota Raja dikejarkan ke lokasi.

Kebakaran melibatkan satu bilik simpanan kain langsir berkeluasan 18 x 24 meter persegi di tingkat tiga bangunan tersebut.

"Kebakaran berjaya dikawal dari merebak pada jam 1.45 pagi sebelum api berjaya dipadam pada jam 3.07 pagi," katanya pada Selasa.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sepanjang kebakaran tersebut.

Ini merupakan kebakaran kedua selepas Wisma Jakel musnah 80 peratus pada 1 Januari lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved