“Woi Puk*mak, Kau Kenapa?” – Tular Video Suami Serang Isteri Depan Anak Ketika Didakwa Bersama ‘Penyondol’

LocalFamily & Parenting
30 Dec 2025 • 9:35 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Satu video yang tular di Threads memaparkan tindakan seorang wanita yang menyerbu suaminya selepas mendakwa lelaki berkenaan berlaku curang dengan seorang wanita yang dipercayai merupakan individu ketiga dalam hubungan mereka.

Menerusi rakaman berdurasi 25 saat itu, wanita terbabit dilihat menahan kemarahan sambil merakam wajah wanita yang didakwa skandal kepada suaminya, yang kelihatan duduk dengan tenang di dalam sebuah kereta.

Advertisement

image is not available

“Memang aku nak tularkan video perempuan ini. Perempuan sundal, perempuan penyondol,” ujarnya.

Keadaan bertambah tegang apabila si suami dilihat cuba mempertahankan diri sebelum bertindak agresif dengan dilihat seolah-olah mahu memukul isterinya, meskipun kejadian tersebut berlaku di hadapan anak mereka yang sedang duduk di atas jalan.

image is not available

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan turut mengeluarkan kata-kata kesat sebelum cuba merampas telefon bimbit isterinya.

“Woi puk*mak, kau kenapa?,” jerit lelaki itu.

Perkongsian video tersebut pantas mencuri perhatian warganet. Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap insiden berkenaan, terutamanya kerana ia berlaku di hadapan kanak-kanak yang masih kecil.

“Kalau libatkan anak dan naik tangan dekat isteri, memang jantan tak guna.”

“Kalau curang, selesaikanlah dengan pasangan. Kenapa sampai libatkan anak? Mesti dia trauma,” komen netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-29 11:16:00

Netizen 'Meluat' Tengok Adat Tol Majlis Kahwin Di Johor - "Adat Paling Celak*, Memalukan Pihak Lelaki Pun Ada"

The post “Woi Puk*mak, Kau Kenapa?” – Tular Video Suami Serang Isteri Depan Anak Ketika Didakwa Bersama ‘Penyondol’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.