Wolverhampton ikat O'Neil sebagai pengurus baharu

Football
10 Aug 2023 • 10:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
O'Neil - Foto Agensi

WOLVERHAMPTON Wanderers melantik bekas pengendali Bournemouth, Gary O'Neil sebagai pengurus baharu dengan kontrak tiga tahun, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu sehari selepas Julen Lopetegui meninggalkan The Wolves.

Lopetegui kelahiran Sepanyol meninggalkan Wolves selepas kurang setahun mengendalikan selepas perbezaan pendapat, tiga hari sebelum permulaan musim baharu.

O'Neil yang pada mulanya mengambil alih tugas di Bournemouth sebagai pengurus sementara pada Ogos tahun lalu sebelum diberikan tanggungjawab sepenuh masa pada November, membantu kelab pantai selatan itu memperoleh status liga utama sebelum dipecat pada Jun.

“Pada usia 40 tahun, O'Neil menjadi pengurus termuda Wolves alaf ini dan merupakan pengendali tetap British pertama yang mengetuai kelab itu dalam tempoh enam tahun.

“Kehadiran O’Neil membawa pengalaman Liga Perdana selepas bermain dan menguruskan di peringkat ini," kata Wolves dalam satu kenyataan.

Tugasan pertama O'Neil adalah mengendalikan Wolves menentang Manchester United pada Isnin dalam perlawanan Liga Perdana pertama kelab itu musim ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved