WOODS’ terima pengiktirafan di Putra Aria Brand Awards

Health & Fitness
29 Sep 2026 • 7:08 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: WOODS’ terima pengiktirafan di Putra Aria Brand Awards

KUALA LUMPUR: WOODS’ melakar sejarah apabila menerima Anugerah Emas bagi kategori Kesihatan di Putra Aria Brand Awards 2025 anjuran Persatuan Agensi Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As), baru-baru ini.

Menurut Pengurus Negara, Kalbe Malaysia Sdn. Bhd., Oktavianus, anugerah tersebut amat bermakna kerana pengiktiran ke atas jenama itu berdasarkan pertumbuhan pilihan pengguna.

Beliau berkata, kepercayaan yang dibina sejak berdekad lamanya, diakui kerelevanan di mana WOODS’ telah menjadi sebahagian daripada perjalanan pilihan sesi keluarga sejak turun-temurun.

“Justeru, anugerah ini menunjukkan bahawa kepercayaan yang dibina oleh generasi terdahulu terus dibawa ke hadapan.

“Ia juga mendorong kami untuk terus melabur dalam cara kami mendekati rakyat Malaysia, sama ada melalui pendidikan, platform baharu atau sekadar hadir dalam detik-detik yang penting bagi keluarga” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Oktavianus, rakyat Malaysia telah melakukan perubahan positif apabila mahu memahami apa yang berlaku pada tubuh mereka dan bukan sekadar mencapai botol terdekat di rak sahaja.

Perubahan itu katanya, sedang membentuk semula cara rakyat Malaysia menjaga kesihatan harian dengan pengguna kini membaca label lebih teliti sambil membandingkan produk dalam talian.

“Mereka semakin kerap bertanya kepada pembantu kecerdasan buatan (AI) soalan seperti adakah jerebu boleh menyebabkan batuk, atau apakah perbezaan antara batuk berkahak dengan batuk kering.

“Bagi jenama yang sudah lama bertapak, ini bermakna kepercayaan yang dibina sejak berdekad lamanya perlu diiringi dengan kerelevanan serta maklumat yang jelas dan jujur,” katanya.

Octavianus berkata, musim jerebu sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia di mana orang ramai semakin belajar untuk menyesuaikan diri.

Namun, menurut beliau, masalah mula timbul apabila batuk mula datang dan seseorang perlu mengambil langkah penjagaan daripada awal.

Katanya, ramai memilih ubat berdasarkan kebiasaan atau cadangan rakan tanpa menyedari bahawa tidak semua batuk adalah sama.

“Batuk berkahak atau batuk produktif mengeluarkan kahak atau lendir, manakala batuk kering terasa gatal dan tidak mengeluarkan kahak.

“Oleh kerana setiap jenis batuk memerlukan cara legaan yang berbeza, mengenali jenis batuk anda ialah langkah pertama yang paling berguna,” jelasnya. – UTUSAN 

The post WOODS’ terima pengiktirafan di Putra Aria Brand Awards appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved