WordPress Hadir Dengan Pelan 100 Tahun Pada Harga RM180k – Memastikan Kandungan Digital Tidak Hilang

TechnologyDigital
27 Aug 2023 • 7:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WordPress merupakan salah satu CMS yang popular dan digunakan kebanyakkan laman web seluruh dunia. Dibawah WordPress, selain penawaran sumber terbuka, mereka turut mempunyai perkhidmatan berbayar dibawah WordPress.com – yang membolehkan pengguna melanggan nama domain dan juga pengehosan untuk web mereka.

image is not available

Terbaru, WordPress mengumumkan pelan 100 tahun untuk perkhidmatan WordPress.com mereka, sekaligus memastikan pelbagai kandungan anda terjaga dan meneruskan legasi atas-talian.

Langganan pelan 100 tahun ini juga turut hadir dengan langganan nama domain untuk satu abad – yang lebih tinggi berbanding penawaran hari ini yang maksimanya adalah 10 tahun.

Pihak WordPress membuka pendaftaran minat untuk pelan 100 tahun mereka, dimana ia ditawarkan pada harga $38,000, iaitu sekitar RM176,000 untuk 100 tahun.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved