WordPress Membentuk Pasukan Khusus Memfokuskan Pembangunan Integrasi Kecerdasan Buatan

TechnologyDigital
28 May 2025 • 9:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WordPress kini mengumumkan mereka telah membentuk pasukan baharu memfokuskan kecerdasan buatan, dinamakan WordPress AI Team. Pasukan ini akan bertugas dalam pembangunan dan memacu projek kecerdasan buatan dalam ekosistem WordPress.

Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini pelbagai perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan digunakan – termasuk untuk pembangunan kandungan, penjanaan gambar dan video, pembangunan web, serta lain-lain.

WordPress edia terkenal dengan pembangunan berasaskan sumber terbuka, dan mereka turut akan berkongsi pelbagai pembangunan dan latar masa pembangunan melalui sebuah halaman khusus, bagi memudahkan komuniti memberikan maklumbalas dan menyumbang kepada pembangunan.