World #QuranHour dedah pengalaman baharu murid sekolah

4 Apr 2024 • 4:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seramai 14 murid SK Bukit Chupak diiringi tiga guru gembira dapat menyertai pertama kali program World #QuranHour di Parit.

image is not available
Seramai 650 peserta menyertai program World #QuranHour di Parit.

image is not available
Pelajar-pelajar sekolah turut mengalunkan surah Al-Jumu'ah yang dipimpin Ustaz Mohd Hafiz pada program World #QuranHour di Masjid Radhiatul Mardhiah

image is not available
Mohd Hafiz (tengah) memimpin bacaan surah Al-Jumu'ah bersama Khairudin (dua dari kiri) pada program World #QuranHour di Parit.

image is not available
Khairudin (tengah) ditemani Rafidahmerasmikan World #QuranHour diMasjid Radhiatul Mardhiah di Parit.

PARIT - Program World #QuranHour memberi pendedahan luas kepada murid sekolah untuk sama-sama merasai pengalaman baharu membaca dan menghayati tadabbur.

Seramai 650 peserta terdiri dalam kalangan murid dan pelajar serta masyarakat bersama mengalun surah Al-Jumu'ah yang dipimpin Ustaz Mohd Hafiz Sulaiman dari Jabatan Mufti Perak di Masjid Radhiatul Mardhiah di sini pada Khamis.

Guru Kanan Sekolah Kebangsaan Bukit Chupak, Ahmad Zaki Ismail berkata, program #QuranHour memberi motivasi kepada 14 muridnya untuk lebih mendalami al-Quran.

"Huraian tafsiran yang jalankan sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid memahami selok belok berkaitan al-Quran.

"Murid sudah biasa dengan sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah tetapi disebabkan suasana baru ini mereka dapat memahami lebih mudah.

"Penganjuran seterusnya #QuranHour ini wajar diperluaskan dengan melibatkan murid-murid sekolah terutama di kawasan kampung," katanya.

Program World #QuranHour 1445H yang mengangkat tema ‘Ummah #GrandReset: Kesatuan & Transformasi Sosial’ itu dirasmikan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Khairudin Abu Hanipah dan dihadiri Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANP), Rafidah Abdul Aziz.

**media[2603436]**

Khairudin berkata, program yang dikendalikan PPANP ini menjemput beberapa sekolah sekitar kawasan Parit bagi menarik minat pelajar untuk menghayati dan menjadikan al-Quran panduan diri.

"Program ini secara tidak langsung menarik minat pelajar membaca al-Quran disamping aktiviti sekolah yang telah disusun antaranya tadarus, iftar sebagainya sepanjang Ramadan.

"Ini merupakan salah satu kaedah bagi memastikan hasrat Kementerian Pendidikan untuk melahirkan ank baik lagi cerdik itu berjaya dicapai bersama dengan pendekatan nilai kerohanian dan ketakwaan," katanya.

Pada program itu, PPANP turut mengedar lebih 1,000 bekas bubur lambuk sebagai penutup tirai program berkenaan.