
CUTI panjang sempena sambutan Deepavali tidak lama lagi, pastinya bikin ramai plan nak berlibur atau jalan-jalan cari makan bersama insan tersayang.
Sekali-sekala, tak salah nak bawa mereka menikmati hidangan enak untuk bonding time sebelum pulang ke kampung atau ke destinasi percutian yang sudah ditempah awal.
Nah, uniknya sambutan Deepavali kali ini apabila restoran rangkaian keluarga halal tempatan terkemuka, The Chicken Rice Shop (TCRS) menawarkan menu terhad kepada pelanggan.
Resipi terbaharu penuh sensasi, inspirasi daripada kulinari popular dari India, Ayam Surria yang diperkenalkan TCRS itu bakal memikat selera buat mereka yang sukakan masakan mamak.

Mungkin ramai tertanya-tanya, apakah itu Ayam Surria? Adunan rencah istimewa yang diformulasikan khas daripada masakan asli India yang menjadi ikonik sambutan Festival Cahaya saban tahun.
#jommakan #makanmakansinarplus #chickenchopmurah #westernfood #sinarplus #lifestylesinarharian #fyp #fypシ゚viral #fypシ" />
Perapan ayam dengan rempah aromatik seperti kunyit, jintan putih dan ketumbar yang digoreng garing. Setiap gigitan bertambah enak dengan chutney tomato masam.
Paling syok sekali, set berkenaan ditawarkan dalam tiga pilihan iaitu Set Surr, Set Sangat Surr dan Set Terpaling Surr bagi memenuhi selera kumpulan kecil serta ramai.

Jika kalian memiliki selera besar, apa kata order sekali side dish seperti Nyonya Pai Tee, Rojak Pulau Pinang dan Penang Famous Chicken Rolls yang menjadi menu signatur TCRS.
Tidak sempurna setiap set tanpa minuman buah-buahan istimewa, Berry Surr yang menyegarkan. Pasti nak datang lagi selepas ini!

Berkongsi keistimewaan hidangan berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Restoran TCRS Sdn Bhd, Wong Kah Yong mahu menawarkan perisa menarik dan segar kepada orang ramai secara berterusan.
“TCRS sentiasa bersungguh menyajikan makanan yang menyelerakan buat rakyat Malaysia yang mana ia mempamerkan rasa tempatan dan serantau terbaik.

“Walaupun jenama ini sudah mencipta nama dengan nasi ayam yang terkenal, TCRS telah lama berkembang melangkaui hidangan klasik ini, sekali gus menawarkan pelbagai hidangan yang memenuhi cita rasa dan pilihan masakan rakyat Malaysia yang pelbagai,” katanya.
Ujar Kah Yong, pihaknya percaya bahawa makanan bukan sekadar hidangan semata-mata, bahkan ia adalah cara untuk menyatukan orang ramai.

“Justeru, sambutan Deepavali ini, kami menjemput semua orang untuk meraikan bersama dan menikmati menu Ayam Surria iaitu gabungan masakan lazat Malaysia-India sebagai satu usaha menghormati semangat kebersamaan serta kesyukuran musim ini.
“Di TCRS, kami bukan sahaja mahu menawarkan hidangan yang anda gemari tetapi perisa baharu lagi menarik untuk dikongsi bersama orang tersayang,” tuturnya lagi.
Jadi, kalian jangan lepaskan peluang untuk rebut tawaran istimewa masa terhad yang tersedia di semua cawangan TCRS di seluruh negara sehingga 10 November nanti.
Untuk informasi lanjut, boleh layari layari www.thechickenriceshop.com atau ikuti TCRS di Facebook di https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.






