“Wow RM35K, Confirm Syurga Ke Ni?” – Harga Pakej Umrah Bersama Neelofa & PU Riz Undang Perdebatan Netizen

4 Jan 2023 • 4:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebuah agensi umrah swasta iaitu Omrah Travel telah membuat satu pakej umrah iaitu Package Premium Umrah bersama pasangan selebriti, Noor Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz.

Bagaimanapun, harga yang dikenakan untuk pakej tersebut mencecah RM 35,000 dan telah mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Menerusi hantaran di laman Twitter, seorang pengguna telah mempersoalkan harga yang dikenakan oleh pihak agensi kerana dianggap terlalu mahal dan tidak masuk akal.

Berbeza pula dengan reaksi sesetengah pihak yang menganggap pakej tersebut berbaloi kerana perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan oleh pihak agensi bukan ‘biasa-biasa’.

Malah, ramai yang berpendapat bahawa harga pakej tersebut juga bergantung kepada kemampuan pelanggan itu sendiri.

image is not available

Meninjau di ruangan balas, ada juga netizen yang mengecam pengguna berkenaan kerana hanya mengkritik satu pakej sahaja, sedangkan agensi tersebut turut menawarkan pakej lain dengan harga yang lebih murah dan berpatutan.

image is not available

Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat perhatian orang ramai sehingga mencecah 685.1K tontonan, 2.4K tanda suka, 1.1K ciap semula, dan 892 ciap balas di laman Twitter.

Info tambahan, Omrah Travel merupakan syarikat pertama yang menyediakan perkhidmatan berkaitan urusan haji dan umrah untuk syarikat pelancongan di Asia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

Baju Singkat Nampak Perut, Video Maria Farida Menari Buat Netizen Terpegun - "Tips Maintain Body Please"