"Wow, Tertinggi Dalam Sejarah" - Bidaan Nombor Plat "FF" Mencecah RM34.2 Juta!

23 May 2023 • 4:18 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Mencuri tumpuan saat mula diumumkan, siapa sangka bidaan nombor pendaftaran kenderaan bagi siri ‘FF’ boleh mencecah RM34.3 juta.

Mencipta sejarah, nilai berkenaan difahamkan telah mencatat hasil kutipan tertinggi dalam sejarah sistem bidaan atas talian, JPJeBid.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terpaksa melanjutkan bidaan selama 24 jam kerana aplikasi itu sempat gagal berfungsi akibat trafik yang tinggi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, hanya 8,348 daripada 34,032 yang menyertai berjaya mendapatkan nombor plat siri itu.

image is not available

Menurutnya, nombor plat yang mendapat bidaan tertinggi adalah FF8 dengan harga RM950,000, diikuti FF9 (RM911,999), FF3 (RM639,000) dan FF2 (RM638,000).

“Jumlah penglibatan pembida dan pemenang bagi siri FF ini merekodkan penyertaan tertinggi sejak aplikasi JPJeBid dilancarkan pada 15 April 2019.

“Lima nombor yang mendapat minat paling tinggi adalah FF199 dengan seramai 34 pembida, FF51 dengan 32 pembida,” katanya.

image is not available

Baru-baru ini, timbul spekulasi bahawa tiga nombor plat ‘FF’ dengan nilai bidaan tertinggi telah dimenangi oleh seorang individu yang sama.

Namun jelas Loke, situasi berkenaan tidak menjadi masalah kerana setiap peserta dibenarkan membida hingga tiga nombor dalam sesuatu siri.

“Selagi dia ikut peraturan dan membuat bidaan tertinggi, maka dia dapat. Kita tidak lihat kepada latar belakang pembeli” ulasnya.

image is not available

Sumber: Malaysia Dateline