Empat kenderaan musnah, garaj Kuarters Kastam terbakar

11 Jun 2019 • 3:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PELABUHAN KLANG - Empat kenderaan termasuk dua motosikal hangus dalam kebakaran garaj Kuarters Kastam di Bandar Sultan Sulaiman di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dan Perodua Axia, motosikal Modenas dan Yamaha FZ musnah dalam kebakaran berkenaan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Klang, Samsul Maarif Saibani berkata, seramai 11 anggota dan pegawai serta dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

image is not available
Empat kenderaan termasuk dua motosikal hangus dalam kebakaran garaj Kuarters Kastam di Bandar Sultan Sulaiman, semalam. Foto - Ihsan Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang

“Ketika anggota tiba, didapati api marak di kawasan garaj berkeluasan 6.9 x 2.1 meter dan kenderaan yang diparkir di situ. Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah pondok bersebelahan garaj itu.

“Kebakaran memusnahkan empat kenderaan itu berjaya dikawal pada jam 12.47 tengah hari. Difahamkan, sebelum kejadian terdapat kanak-kanak bermain api di pondok berhampiran garaj,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, punca kebakaran serta jumlah kerugian akibat kejadian itu masih dalam siasatan.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved