WTCA Mulakan Operasi Pemasangan GAC Emkoo Sebab Bakal Dilancar Suku Ketiga Tahun Ini

LocalCars
25 Jun 2025 • 8:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengedar jenama GAC Motor, WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), mengesahkan bahawa pihak mereka telah memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi model GAC Emkoo di kilang Tan Chong Motor Assembly (TCMA) yang terletak di Segambut, Kuala Lumpur.

Pengeluaran Emkoo CKD sudah pun dirasmikan di TCMA oleh Ketua Pegawai Eksekutif WTCA, Tan Keng Meng, dan Naib Pengurus Besar GAC International, Ye Shao Jian.

“Emkoo mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan kenderaan berteknologi tinggi serta rekaan futuristik kepada pengguna Malaysia secara efisien," katanya.

image is not available

Mengimbas Kembali, WTCA telah menayangkan model C-SUV GAC Emkoo pada Februari 2024 bersama dua lagi model iaitu GAC GS3 Emzoom dan EV GAC Aion Y Plus. Kedua-dua model berkenaan telah pun mula dijual.

Apa yang menarik, Emkoo menjadi model kedua jenama GAC yang dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia. WTCA menegaskan bahawa usaha ini mengukuhkan peranan mereka dalam menjayakan agenda pemerkasaan industri automotif tempatan, selain menjanjikan tahap kualiti dan inovasi yang tinggi.

image is not available

WTCA dijadualkan melancarkan GAC Emkoo secara rasmi pada suku ketiga tahun ini.

Berdasarkan pratonton awal, GAC Emkoo dikatakan akan menggunakan enjin petrol turbo 4-silinder 1.5 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa 177 hp dan 270 Nm, serta dipadankan dengan transmisi automatik DCT 7-kelajuan dan sistem pacuan roda hadapan (FWD).

image is not availableimage is not available

Dengan konfigurasi ini, GAC Motor mendakwa kadar kecekapan bahan api adalah sebanyak 6.8 liter/100 KM. Lebih penting lagi, Emkoo dijangka menyertai pasaran SUV C tempatan yang sengit dengan pelbagai ciri bantuan pemandu canggih (ADAS).

image is not available

Bagaimanapun, WTCA memilih untuk tidak mendedahkan spesifikasi lengkap termasuk harganya.Namun semua maklumat ini akan didedahkan tidak lama lagi.