
Kota Kinabalu: Hospital kerajaan dan pusat perubatan swasta di Sabah perlu menimbang untuk menyediakan tempat perlindungan bayi (baby hatch) bagi mengekang kejadian pembuangan bayi dan menyelamatkan bayi baru lahir.
Ketua Wanita Umno Sabah Senator Datuk Noraini Idris berkata ini boleh menghalang ibu meninggalkan bayi mereka di kawasan tidak selamat yang boleh mendedahkan mereka kepada bahaya.
Beliau berkata, setakat ini tiada tempat perlindungan bayi di mana-mana hospital di negeri ini.
