Wujud trend peningkatan kes Covid-19 dalam negara sejak November

3 Dec 2023 • 12:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kes Covid-19 dalam negara kini menenunjukkan trend peningkatan sejak November 2023. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Kes Covid-19 dalam negara kini menenunjukkan trend peningkatan sejak November 2023.

Menurut data rasmi daripada laman sesawang KKMNOW, negara mencatat aliran peningkatan kes pada kadar 10 peratus.

Selain itu, berdasarkan kemas kini terkini pada 25 November lepas, kes harian Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia berjumlah 617 kes, menunjukan trend peningkatan dengan 10 peratus kadar positif jangkitan.

Sementara itu,sejumlah 317 individu dimasukkan ke hospital manakala enam individu sedang dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat pula memerlukan bantuan pernafasan.

KKMNOW turut berkongsi kadar kapasiti semasa hospital yang menempatkan pesakit Covid-19 setakat November berjumlah 71.9 peratus.

Manakala kapasiti wad ICU pula berada pada paras 70.7 peratus dan 35.5 peratus memerlukan bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan sehingga November. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved