Wujudkan ‘Menu Rahmah’, Ini Antara Kerjaya Politik Allahyarham Salahuddin Ayub

Politics
24 Jul 2023 • 10:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Berita itu dimaklumkan sendiri oleh anaknya, Fatihah Salahuddin menerusi hantaran di laman Facebook pada jam 9.23 malam.

Difahamkan, Allahyarham mengalami pendarahan otak dan meninggal dunia selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Pemergian Allahyarham telah meninggalkan kesan mendalam terhadap rakyat Malaysia. Jom kami kongsikan pencapaian kerjaya dan politik Allahyarham dalam negara.

image is not available

Kerjaya Allahyarham

1. Pegawai kewangan di MUI Bank (1980)

Sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa pada tahun 1983, Allahyarham Salahuddin merupakan seorang pegawai kewangan di MUI Bank pada tahun 1980.

2. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (21 Mei 2018 – 24 Februari 2020)

Allahyarham pernah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dari Parti Amanah Negara berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

3. ADUN Simpang Jeram Muar (2018-2022)

Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub merupakan Ahli Parlimen Pulai, Johor merangkap ADUN Simpang Jeram Muar.

4. Ahli Parlimen Pulai (2018-kini)

Allahyarham juga merupakan calon parti Pakatan Harapan yang bertanding di parlimen P161 Pulai, Johor pada Pilihan Umum Raya Ke-15. Beliau turut memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 33,174 undi.

5. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (2022)

Allahyarham Salahuddin telah dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan telah mewujudkan inisiatif Menu Rahmah iaitu jualan makanan dengan harga yang rendah.

Malah, inisiatif tersebut telah mendapat sambutan positif daripada rakyat Malaysia dan membantu golongan kurang berkemampuan untuk menjamu selera di restoran.

Sumbangan dan jasa Allahyarham Salahuddin akan sentiasa dikenang rakyat Malaysia. Al-Fatihah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 hours ago

"Memang Impian Ayah Meninggal Dunia Ketika Bekerja Untuk Rakyat" - Anak Allahyarham Salahuddin