Menerusi komputer riba keluarga ThinkBook, Lenovo cuba menghasilkan peranti perantara untuk kegunaan generasi muda profesional yang mungkin merasakan ThinkPad mempunyai rekaan yang kurang menarik. Di IFA, dua model Lenovo ThinkBook 14 dan 15 dikemaskini dengan pengguna pemproses terkini Intel Core generasi ke-10.

Papan kekunci adalah dari jenis chicklet U seperti yang ditemui pada ThinkPad cuma dengan pergerakan menegak yang lebih cetek. Bagi memudahkan proses menaip di waktu malam kesemua kekunci dilengkapi sistem lampu.
Seperti model yang ditawarkan sebelum ini, terdapat pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa, sokongan audio Dolby Audio dan penghadang kamera web ThinkShutter. Harga jualan kedua-dua model bermula dari €665 (~RM3076) sebuah.
